Bukit Melawati
Berdasarkan sejarah, Kuala Selangor telah wujud seawal abad ke 16 lagi. Kawasan
lain seperi Jeram, 10 meter dari Permatang di sebelah bertentangan Sungai
Selangor juga telah wujud . Kawasan-kawasan ini adalah di bawah pemerintahan
Empayar Melaka dan selepas itu pula di bawah pentadbiran Empayar Johor.
Sejarah kubu ini bermula semasa kejatuhan Syarikat India Timur Belanda selepas perang ke-4 Belanda-Inggeris (1780-1784). Apabila pengaruh Belanda sudah hilang, Selangor telah kembali diperintah oleh Johor dan Riau telah menyerang Melaka yang juga di bawah pemerintahan Belanda tetapi gagal. Belanda kemudian menyerang Selangor dan menawan Kuala Selangor pada Julai 1784.
Semasa serangan,
Kubu Melawati telah musnah tetapi dibina kembali dan diberi nama sebagai Kubu
Altingsburg mengambil nama Jenderal Gabenor Belanda.Setahun selepas itu, iaitu
pada 28 Jun 1785, Sultan Ibrahim dengan pertolongan abangnya, Dato’ Penggawa
Permatang Mahabijaya (Penggawa Tua) dan Bendahara Abdul Majid dari Pahang
menewaskan Belanda dalam satu serangan pada waktu malam. Serangan yang bermula
selepas waktu Isyak itu telah berjaya menyelamatkan Bukit Melawati sebelum
matahari terbit..Sejak dari hari itu, sehinggalah British mengambil alih kuasa
pada tahun 1874,
Panduan ke lokasi :
Dari
Klang, ambil bas ke Kuala Selangor yang ada setiap 20 minit dengan tambang RM2
sementara dari Stesen Bad Puduraya Kuala Lumpur, perjalanan dengan bas akan
mengambil masa satu jam dengan tambang RM4.90. Ambil teksi dari Kuala Selangor
untuk ke lokasi.

Kelip-kelip Kampung Kuantan
Saksikanlah keajaiban ciptaan semula jadi di Kampung Kuantan, sebuah kampung agri-kultur terletak 9 km dari Bandar Kuala Selangor. Kampung ini sangat terkenal dengan kewujudan kelip-kelip yang bercahaya terutama pada waktu malam, yang boleh anda saksikan apabila menaiki bot atau sampan untuk menyusuri sungai. Di sini anda akan menemui jawapan kepada misteri alam di mana terdapat banyak lokasi hinggapan kelip-kelip di sini. Dikatakan terdapat dua tempat di dunia ini yang mempunyai keajaiban misteri kelip-kelip dan salah satunya ialah Kampung Kuantan.
Pada hari ini, Kampung Kuantan sangat tekenal kepada pelancong tempatan dan antarabangsa kerana keunikan warisannya iaitu kelip-kelip yang berkelip-kelip hinggap pada spesis pokok bakau, yang dipanggil pokok berembang. Pokok Berembang atau nama spesifiknya ‘Sonneratia Caselaris’ ialah sejenis pokok bakau yang hidup liar di sepanjang tebing Sungai Selangor. Pokok ini memerlukan persekitaran lembap dan berpaya untuk hidup. Pokok Berembang merupakan faktor penting kepada kewujudan kelip-kelip ini kerana ia memberi sumber makanan kepada mereka. Kelip-kelip akan menyedut cecair daun pokok berembang untuk dijadikan makanan.
Panduan ke lokasi :
Dari
Klang, ambil bas yang ada setiap 20 minit ke Kuala Selangor dengan tambang RM2
sahaja sementara dari Stesen Bas Puduraya, Kuala Lumpur, perjalanan menaiki bas
akan mengambil masa selama sejam dengan tambang RM 4.90. Ambil teksi dari Kuala
Selangor untuk ke lokasi.
Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam
Warisan dan artifak negeri akan hilang sekiranya tidak diberi penjagaan secara rapi. Menyedari situasi ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Lembaga Muzium Selangor sebagai lembaga yang bertanggungjawab dalam hal ini. Muzium Alam Shah terletak di tengah Pusat Bandar Selangor dan telah dibuka secara rasmi pada 2 september 1989. Pembukaan muzium ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor ketika itu. Nama Muzium ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang ke-7 iaitu Sultan Hishamudin Alam Shah Alhaj. Terdapat sebanyak enam dewan pameran yang mempamerkan pelbagai koleksi dan artifak yang berkaitan dengan sejarah, budaya dan warisan semula jadi negeri Selangor.
Bagi tujuan
merekod pelbagai peristiwa sejarah Negeri Selangor, Muzium Sultan Alam Shah
telah memperuntukkan satu tempat istimewa yang dipanggil Balai Sejarah. Ianya
dibahagi kepada banyak bahagian bermula dari permulaan peradaban manusia di
Selangor diikuti dengan evolusi pelbagai era seperti Portugis, Belanda, Inggeris,
tempoh darurat, pemerintahan Jepun sehinggalah negara mencapai kemerdekaan.
Persoalan asas mengenai Selangor turut dipaparkan di Balai Sejarah. Antaranya
termasuklah berkenaan bendera negeri, peta, lambang, lagu, dan tokoh negeri
Selangor seperi Leftenan Adnan dan ramai lagi.
Waktu operasi :
Isnin
: Tutup
Selasa - Khamis : 9:30 pagi - 5:30 petang
Jumaat : 9:30 pagi- 12:00 tengah hari & 2:45 petang - 5:30
petang
Sabtu, Ahad dan cuuti umum : 9:30am - 5:30pm
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Lebih dikenali sebagai "Masjid
Biru" (Blue Mosque), Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan
salah satu masjid terbesar di Asia Tenggara, dengan kapasiti muatan seramai
24,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini mempunyai antara menara dan kubah
tertinggi dunia. Strukur pembinaan tiga peringkat menggabungkan elemen seni bina
Islam dan Melayu. Dewan solat utama yang keseluruhannya berkapet dan berhawa
dingin merupakan salah satu dewan solat terbesar di dunia yang meliputi
dua paras dimana galeri teratas dijadikan sebagai dewan solat wanita. Tingkat
kedua merupakan galeri manakala tingkat bawah menempatkan pejabat pentadbiran,
bilik seminar, perpustakaan, penyambut tetamu dan bilik kelas. Kubah biru dan
perak dengan diameter 51.2m dan ketinggian 106.7 m kelihatan sangat cantik dan
merupakan kubah masjid tertinggi di dunia.
Kubah masjid ini dihiasi dengan empat menara setinggi 142.2 m menjadikannya sebagai yang tertinggi di dunia seumpanyanya. Untuk kawasan dalaman masjid pula, perhatian rapi diberi ke atas perhiasan menggunakan tulisan khat (Kaligrafi Arab) pada lengkungan dalam kubah dan juga pada dinding Dewan Solat utama. Kaligrafi ini dihasilkan oleh pelukis kaligrafi Arab terkenal iaitu Shiekh Abdel Moneim Mohamed Ali El Sharkawi dibantu oleh bebrapa pereka tempatan yang lain.
Ukiran kayu mimbar masjid pula dihasilkan oleh pakar ukir dari Kelantan yang juga telah banyak menghasilkan corak ukiran di kebanyakkan masjid lain di negara ini.
Kekisi aluminium merupakan satu lagi ciri-ciri yang dapat dilihat pada dinding, pintu keluar masuk dan tingkap masjid. Pada lapisan akhir, ia dilengkapkan dengan kaca berwarna lembut bagi membenarkan kemasukan cahaya. Ini ditonjolkan lagi dengan siling tinggi yang dibarisi dengan kayu segitiga dari jenis balau merah dan kayu ramin yang dibuat mengikut gaya 'criss-cross'.
Panduan ke lokasi :
Dari Stesetn Bas
Klang, Kuala Lumpur, Ambil bas Park May no. 222 atau Bas Intrakota no. 338
(Tambang kedua-duanya ialah RM2) dan berhenti di Komplek PKNS. Dari sini ambil
teksi untuk ke lokasi.
Selain itu boleh juga menaiki KTM Komuter dan berhenti di Stesen Shah Alam. Dari
stesen komuter Shah Alam ambil teksi atau bas mini untuk ke Komplek PKNS.
Batu Caves
Batu Caves merupakan salah satu destinasi pelancongan paling popular di Malaysia lebih-lebih lagi semasa musim festival Thaipusam yang mampu menarik minat sehingga 800,000 penganut dan penonton ke sini. Tumpuan utama ialah untuk menyaksikan penganut Hindu dalam keadaan tidak sedar membawa Kavadi, sejenis besi yang dicucuk pada badan penganut-penganut hindu.
Dengan
ketinggian hampir 100m,
Di bawah Gua
Kuil ialah Gua Gelap di mana anda dapat menyaksikan pembentukan batu-batu dan
penemuan beberapa spesis haiwan yang tidak ditemui di tempat lain dan pasti
menakjubkan anda. Stalaktit dari siling gua dan stalakmit dari lantai gua
terbentuk seakan-akan langsir kepada gua. Persatuan Alam Semula jadi
Satu lagi gua utama ialah Galeri Seni yang terletak di bawah anak tangga gua. Tugu dan lukisan dinding mengenai mitologi dan dewa agama Hindu dipaparkan di sini. Perjalanan ke pintu masuk galeri ini pasti menyeronokkna kerana anda akan melalui tasik dan kolam yang dipenuhi dengan ikan dan berbagai warna.
Panduan ke lokasi :
Batu Caves terletak lebih kurang 13km di Utara Bandar Kuala Lumpur. Naik bas Intrakota no. 11D dari Pasar Mini atau bas Cityliner no. 69 dari Jalan Pudu untuk ke Batu Caves. Anda juga boleh menaiki teksi dari Bandar Kuala Lumpur.